Powered By Blogger

Monday, May 31, 2010

Kala fajar Siddiq menyinsing di Mini Stidum Malawati Shah Alam


26 Feb. 2010M/12 Rabiulawal 1431H (Jumaat)Sempena mengimbau kembali legasi Kelahiran Putera Gurun Sahara (Nabi Muhammad saw) Perarakan diperingkat Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Mini Stidum Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan dengan kolaborasi pelbagai golongan sebagai mewakili kategori Remaja, Muslimin & muslimah melalui Jabatan-jabatan Kerajaan, NGO's, badan berkanun, IPTA/IPTS dan sebagainya turut mengambil bahagiaan dalam acara perbarisan ini. Julungkalinya penyertaan daripada INPENS International College tidak ketinggalan dalam penglibatan program ini. Ketika itu rombongan kami sampai kira-kira jam 6.15 pagi terus mendaftar dikaunter dan solat subuh di tempat yang disediakan seterusnya sarapan pagi (Makan & minum disediakan penganjur (JAIS)). Setelah selesai persiapan kami semua mengambil tempat diruangan perbarisan (jalan tar sekitar Mini Stidum). Cuaca ketika pagi itu mendung dan tidak berapa lama hujan turun dengan lebatnya. Kami semua berlari merentasi padang basah mencari tempat berteduh di Station Mini Stidum. Semua peserta perbarisan dari pelbagai golongan dan kategori meluruh ke tempat tersebut. Dalam keadaan berhimpit-himpit kami dapat berteduh daripada basah kuyup. Alhamdulullah tidak berapa lama hujan pun berhenti sekitar jam 8.30 pagi dan kami semua kembali mengambil tempat yang telah ditetapkan pihak penganjur.Akhirnya bermulahlah acara perarakan seperti yang direncanakan dan berakhir sehingga 12.30 tgh.

No comments:

Post a Comment