Powered By Blogger

Monday, May 31, 2010

Salam Ukhuwah dari kami

Ni, antara anak-anak muridku di INPENS International College

Antara Putera2ku di INPENS


Hi..bebudak..ni..

Jom tengok mereka (Post seterusnye)

Posting maut ketika di Mini Stidum Malawati Shah Alam.
(Dari kiri Fais, Manchomen, Yusuf, Azizan (Adik Imam Asraf MDSIKSL), Rosman & Prof. Dato' Hj. Labu..he3..

Kala fajar Siddiq menyinsing di Mini Stidum Malawati Shah Alam


26 Feb. 2010M/12 Rabiulawal 1431H (Jumaat)Sempena mengimbau kembali legasi Kelahiran Putera Gurun Sahara (Nabi Muhammad saw) Perarakan diperingkat Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Mini Stidum Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan dengan kolaborasi pelbagai golongan sebagai mewakili kategori Remaja, Muslimin & muslimah melalui Jabatan-jabatan Kerajaan, NGO's, badan berkanun, IPTA/IPTS dan sebagainya turut mengambil bahagiaan dalam acara perbarisan ini. Julungkalinya penyertaan daripada INPENS International College tidak ketinggalan dalam penglibatan program ini. Ketika itu rombongan kami sampai kira-kira jam 6.15 pagi terus mendaftar dikaunter dan solat subuh di tempat yang disediakan seterusnya sarapan pagi (Makan & minum disediakan penganjur (JAIS)). Setelah selesai persiapan kami semua mengambil tempat diruangan perbarisan (jalan tar sekitar Mini Stidum). Cuaca ketika pagi itu mendung dan tidak berapa lama hujan turun dengan lebatnya. Kami semua berlari merentasi padang basah mencari tempat berteduh di Station Mini Stidum. Semua peserta perbarisan dari pelbagai golongan dan kategori meluruh ke tempat tersebut. Dalam keadaan berhimpit-himpit kami dapat berteduh daripada basah kuyup. Alhamdulullah tidak berapa lama hujan pun berhenti sekitar jam 8.30 pagi dan kami semua kembali mengambil tempat yang telah ditetapkan pihak penganjur.Akhirnya bermulahlah acara perarakan seperti yang direncanakan dan berakhir sehingga 12.30 tgh.

Wednesday, May 19, 2010

Sajak : Senja Keyakinan



Maha Pencipta mengukir insan,
Penuh kelengkapan,
Suatu keunikan & kehebatan,
Lautan Sirat maghfirah Illahi,
Andai disulami menembusi fikrah suci,
Akan berbahagialah insan sejati.....
Kebangkitan insan leka kealpaan,
Menerokai alam dunia penuh keindahan,
Terkadang lari garisan,
Memenuhi hasrat dan Impian,
Kerapuhan keyakinan tenggelam pada kehidupan,
Kebanggaan insan pada pinjaman kelengkapan,
Menjulang usaha lupakan Sang Pencipta,
Keyakinan diufuk senja,
Dipukul badai dihempas hawa,
Semakin jauh pada Yang Maha Karya,
Lenyap keyakinan pada senja usia,
Mengikut hawa tanpa imbasan,
Semakin senja sebuah keyakinan...
Wahai insan......
Semua Al-Khalik yang punya,
Insan hanyalah pinjaman,
Suatu masa dikembalikan,
Pengakhir hayat insan dinukilkan...

Wednesday, May 12, 2010

Aku & anak-anak Malaysia



Anak-anak ini merupakan pelajar Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Mereka bakal pekerja mahir masa hadapan dalam pelbagai bidang teknikal kemahiran. Aset terlatih dalam negeri Selangor. Bestnya dapat menyumbangkan pada generasi harapan bangsa...Di antara mereka ini mungkin ada yang menjadi bakal menteri dalam negeri, MB/PM/TPM atau ape sahaja. Kita x tau kemungkinan masa mendatang...Paling tidak daku dapat menyuntikan virus2 suci minda mereka akan kehebatan Al-Khaliq...ni antara tugasan suciku di Inpens International College...Ya..Allah jadikan mereka ini insan pemangkin kemaslahatan ummah akan datang. Curahkan hidayah & taufiq-Mu pada kami semua..amin..

Hj Labu dan Carpet Merah

Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS (SUK) Shah Alam..Ketika ini suatu kelangsongan Majlis Konvokesyen Inpens ke 14 yang baru tamat musim lalu (16 februari 2010)..Masa ini betapalah aku dimuliakan rasanya aku hanya pembaca doa & qasyidah..sekali baca syairlerrrr...sejurus tamatnya majlis ini dengan x sengaja langkah2 ku tersusun di atas carpet merah....x sengaja tu bro...

Sunday, May 9, 2010

Salam mahabbah mari menjalin ukhuwah maya gabungan minda.
Semoga dengannya ia dapat memantopkan jalinan sedia ada di samping tambahan semasa.
Aktifkan jaringan anda memperkasa minda...jommmm...mai menulis apa sahaja yang terlintas..