Powered By Blogger

Tuesday, June 1, 2010

Langkah kami menuju anjakan hijrah













Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba dan kami mula bergerak dalam kumpulan sambil melaungkan salawat ke atas Nabi Muhammad saw...nampak macam ada gaya..mantoptu...bro.. hanya x menang jer...Namun kami pemenang dalam penyertaan kerana ini adalah julungkalinya menyertai acara seumpama ini...cayaler bebudak Inpens...Jom terus gerak ke hadapan..Saksikanlah barisan sof kami...Dengan langkah yang teratur, tersusun simpul senyuman terukir. Luas mata memandang, penat juga kami melangkah...Nur kasih ya Muhammad saw terpancar hingga tika ini...

Teduhan Rahmat & sabar menanti










Beginilah keadaan kami berteduh seketika dari lintasan rahmat yang mencurah membasahi bumi..Hujan dingin dipagi hari sebagai petanda kerahmatan Illahi pada hari sai'dul-ayyam yaumil-jumaah....... Namun kami tetap setia menanti sehingga hujan rahmat perlahan-lahan berhenti seakan-akan memberi laluan pada hadirin bagi melaksanakan segala yang direncanakan sempena Maulidurasul bagi tahun 1431H/2010M..Seterusnya kami mula menyusun barisan perarakan dan bersedia bergerak bila-bila masa sahaja yang dititahkan...

Laman senyuman gembira & Style


Tabahkanler hati-hati kami Ya..Allah..Ni baru kat dunia, esok lagi ramai manusia di mahsyar dan sibuk dengan urusan masing-masing implikasih yang

dipragmatikan Al-Khaliq ke atas makhluq-Nya yang bernama manusia suatu ketika dahulu hidup di alam dunia ini. Ini berlaku sebagai Sunnahtullah berdasarkan Janji-janji-Nya yang Pasti..Bagaimanakah keadaan kita di sana nanti???Apakah masih dapat bersama dengan kekawan sepertimana hari ini. Ya..Allah..bumi ini menjadi saksi bahawa kaki kami berpijak di bumi-Mu yang nyata bagi meraikan ulangtahun kelahiran kekasih-Mu (Nabi Muhammad saw) sebagai Rasul (Pesuruh Allah) kepada ummat ini..

Keriangan dalam penantian dinihari


Kami ok jer...gelap lagi ni bro....

Allah bersama dengan orang yang sabar


Menanti giliran dengan penuh kesabaran...Ni boleh mendatangkan marahni....lambatnye gerak mak oii..